17 November 2009

SPR Perlu Dirombak



Kegagalan Suruhanjaya pilihan raya (SPR) menyelesaikan pelbagai kemelut berkaitan isu pilihanraya mendorong Pakatan Rakyat mendesak agar suruhanjaya berkenaan dirombak semula.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata rombakan perlu dibuat secara menyeluruh mencakupi aspek kepimpinan dan struktur suruhanjaya tersebut bagi mengelakkan ia dikuasai oleh kuasa eksekutif.

“ Keputusan mahkamah dalam isu Kota Siputeh sendiri yang menunjukkan bahawa SPR yang tidak rasional dan saya rasa sudah tentu penafsiran tidak rasional itu disebabkan oleh penguasaan eksekutif ke atas SPR,' katanya.

Mahkamah Tinggi semalam mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menegaskan bahawa

SPR bertindak secara tidak rasional dan keputusan suruhanjaya harus dibatalkan.

Meskipun tidak menolak SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, namun Alizatul berpendapat, kuasa yang dimiliki oleh SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," tambahnya.

1 comment:

Doktor Biasa Kawan TED said...

Ha ha ha he he he…ANWAR TAK RETI APA PUN EKONOMI..SABDA : Mahated orang suruhan BN Umngok yang diheret kesana kemari sekarang…ludahlah ke langit TED ooooiiii…AKU SETUJU…ini MENGESAHKAN UMNO parti TERBODOH dalam dunia dan akhirat…17 tahun ANWAR dalam UMNO dan jadi berbagai MENTERI termasuk MENTERI KEWANGAN di bawah DAGU..Al Nyanyuki MAHATED menjadi Presiden UMNO terbangang…Anwar tak reti apa2 ekonomi…Mahated tak ajor ke ANWAR tu menteri kau sendiri…PATUTLah orang MELAYU ketinggalan dalam EKONOMI..kecuali UMNOPUTERA…gampang…MAHATED hanya doctor biasa RETI ke EKONOMI…

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese