04 November 2009

Solat hajat mohon kemenangan DS. Nizar ke mahkamah esok.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, yang mana pada esok hari akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan, siapakah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang - undang.

Beliau meminta seluruh ahli PAS dan rakyat yang cintakan keadilan memohon berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT agar keputusan tersebut berpihak kepada Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin , serta dijauhkan dari perancangan jahat musuh-musuh Islam.

Memetik ucapan beliau “ Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada PAS, diberi Kekuatan kepada PAS, semoga Allah SWT Sentiasa Membela,
Memelihara dan Melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga Allah SWT Satukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat Perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam.”

InsyaALLAH dengan bantuan daripada Allah SWT, PAS akan beroleh kemenangan sepertimana yang pernah diberikan kepada tentera Allah SWT sebelum ini, seperti yang telah termaktub dalam Al Quran Karim, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” – Surah a-Ahzab ( 33 : 9), jelas beliau. Mohd hafez sabri

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin