09 November 2009

Siasat Tun Dr Ling Berhubung Skandal PKFZ - Ahli PAC



DAP menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung peranannya dalam meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam siasatannya terhadap skandal tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menggesa pihak kerajaan supaya mendeklasifikasikan semula minit mesyuarat kabinet, yang tidak diperolehi PAC ketika menjalankan siasatan tersebut.

Katanya, sewaktu dikemukakan soalan-soalan penting ketika memberi keterangannya kepada PAC, Ling menjawab 'tidak ingat' atau lebih kurang demikian, tidak kurang 11 kali, dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebenaran jawapannya.

Bercakap kepada pemberita, Tony yang juga ahli PAC berkata, Ling menafikan bahawa kementerian pengangkutan - sewaktu beliau menjadi menteri - mempunyai sebarang perananan dalam memuktamadkan perjanjian membeli tanah dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Menurut laporan PAC, Ling berkata bahawa perbendaharaan - yang diketuai oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad - yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Pua berkata, keterangan pegawai kerajaan dan surat-surat Jabatan Perkhidmatan Harga (JPPH), mengesahkan bahawa kementerian tersebut yang meminta nilai tanah tersebut disemak lebih tinggi, daripada RM17 sekali persegi kepada RM25 per kaki persegi. -Malaysiakini

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin