15 November 2009

Penemuan Air Di Bulan



WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (Nasa) kelmarin mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menemui air beku di bulan.

Data awal bukti kewujudan air itu diperoleh daripada eksperimen yang dilancarkan Nasa dengan meletupkan dua roketnya di bulan pada bulan lalu.:

"Kami tidak hanya menemui sedikit air, tetapi dalam jumlah yang banyak," kata saintis projek dan penyiasat utama Nasa, Anthony Colaprete.

Menurut Nasa, penemuan tersebut membuka lembaran baru kepada manusia sejagat mengenai keadaan sebenar di bulan.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu menelan kos berjumlah AS$79 bilion (RM266 bilion).

"Kami menemui sekurang-kurangnya 7 liter air dalam kawah sedalam 20 hingga 30 meter," kata Colaprete.

"Bukti diterima menunjukkan terdapat air dalam dua kawah yang dihasilkan roket itu," katanya lagi.

Penemuan tersebut dijangka memudahkan proses menubuhkan pangkalan induk untuk angkasawan di angkasa lepas selain menyediakan bekalan air dan bahan api pesawat. SH

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin