18 November 2009
Pemimpin Negara Terpengaruh Dakyah Yahudi
(Ehud Barak, dua dari kanan, Yahudi Israel yang juga Menteri Pertahanan ketika di Pertunjukan Udara Paris, 2009, bertemu dengan pemimpin negara, Datuk Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan ketika itu)
MARANG - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata ada diantara pemimpin-pemimpin negara umat Islam seluruh dunia termasuk di negara ini terpengaruh dengan dakyah ciptaan Yahudi.
Antaranya, kata beliau adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pernah berkata, bukan semua Yahudi dan orang Israel itu jahat.
“Apa yang saya hendak sebut adalah, pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia termasuk (di)negara kita antara mereka yang terpengaruh dengan dakyah dan propaganda orientalis, kononnya Yahudi tidak jahat,
”kalau saudara masih ingat dulu pernah Tun Dr. Mahathir mengatakan, kenapa kita nak marah kepada Yahudi, kenapa kita nak marah kepada Israel,
“bukan semua Israel itu jahat, ada Israel baik, ada Yahudi baik,”katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program Bersama Intifadah mempertahankan Baitul Maqdis disini.
bertemu pemimpin Menurutnya, orientalis barat dikalangan Yahudi dan Nasara telah mencipta persepsi yang negatif menggambarkan Islam sebagai agama penganjur perpecahan, yang penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat.
Oleh kerana itu, katanya, sebahagian umat Islam yang terkeliru, merasa bersalah dan tidak sensitif terhadap isu umat Islam khususnya di Palestin.
”Mereka (orientalis) berjaya mencipta persepsi negatif ini dan meletakkan umat Islam berasa bersalah untuk menentang Yahudi dan membebaskan Baitul Maqdis,
”sebab mereka merasakan ini adalah hak rakyat Palestin tidak ada kena mengena dengan kita di Malaysia, atau Indonesi atau negara-negara yang lain,”tegasnya.
Akibatnya, kata Nasruddin, mereka yang terpengaruh dengan dakyah tersebut menjadi jauh dari al-Quran dan kendur semangat jihad mereka terhadap Yahudi.
Sehubungan itu, hubungan pemimpin negara dengan Yahudi tidak boleh disembunyikan lagi ekoran pertemuan Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di satu majlis cocktail di Perancis, semasa pertunjukan udara Paris, 2009. WartawanBuletin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment