25 November 2009
OSA Selangor Akan Pertahan Khalid
Peguam Yusmadi Yusof yakin rakyat Selangor akan pertahan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan punca tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Yusmadi berkata beliau tidak terkejut sekiranya pemerintah mengambil tindakan terhadap Khalid kerana membongkar dokumen Akta Rahsia Rasmi.
“Bagi saya ini adalah satu perkara yang amat ditakuti oleh BN kerana ia akan membuka pekung di dada”, kata beliau.
Laporan tersebut mendedahkan paip pecah antara punca kejadian tanah runtuh yang menelan nyawa lima penduduk Bukit Antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan bagaimanapun bertindak pantas atas alasan dokumen itu dibawah bidang kuasa Kabinet, dan memberi amaran untuk tidak mendedahkan dokumen itu.
Yusmadi menegaskan tindakan Khalid harus disokong dan dipertahankan atas dasar ketelusan dalam pemerintahan.
“Disini kita menunjukkan kita kerajaan yang berkeyakinan tinggi maksudnya kita tidak takut kita dikritik dan kita tidak takut untuk mewar warkan salah laku kerajaan terhadahulu”. – Hadri Yaziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
OSA-Macam mana Rakyat Malaysia boleh Maju dan Matang sampai boleh terima sesuatu "Akta/Undang Ciptaan Pemimpin Pemerintahan yang dulu berniat mempertahankan "Kepentingan Negara dan RakyatNYA " telah berubah sampai boleh senang-senang digunapakai oleh pihak pemimpin pemerintahanNYA" bagi Niat berpolitik berhujah berlawan begitu "Gentleman" dengan pihak lawan agar dapat ditumbang dikalahi..dipenjarakan..begitu shj Cerdik-Pandai Murni tanpa perlu hujah berkesaksamaaan dengan "Undang/Akta" yang "Niat-MurniNYA" bertukar menjadi SENJATA-SENANG berpolitik berlawan berhujah..yang telah jauh tersimpang tersesat dengan muslihat keji kejam bagi " menutup / menyembunyi / mempertahankan segala yang jelas salah-laku/pecah-amanah/ penyelewengan kuasa atasan bahkan berunsurkan jahat/ jenayahNYA" pun dapat diperhujah-tahankan dengan lantang sekali..!
Memangkah benar 'Kebenaran..Keadilan..Kemurnian' sesuatu "Akta/Undang" ciptaan Insan yang murni yang suci akan menjadi "keliru..keji..kejam.." bila berhadapan dengan pemimpin pemerintahan yang terugut..terancam..kepentingan.. kedudukan dan kekuasaanNYA..?
Benarkah Yang Salah Yang Menyeleweng Yang Keji interpretasi segala ASASnya adalah INSAN yang mempergunakannya..Bukanlah NIAT-MURNI-PERTAMA asas ciptaan "Akta/Undang" insan sejagat yang suci yang murni yakni bagi"Kepentingan Negara Dan Rakyatnya"...?Tapi kini nampanknya semua macam dah tak kena..tak masuk akal...!
Post a Comment