19 November 2009

Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat



Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.

Seorang lagi saksi yang turut disoal siasat ketika itu, Tan Boon Wah, telah memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak sama ada SPRM berhak menyoal siasat saksi pada bila-bila waktu.

Boon Wah turut mendakwa beliau di kasari oleh pegawai penyiasat SPRM ketika beliau di soal siasat.

Beng Hock mati dalam keadaan mencurigakan, malah seorang pakar bedah dari Thailand tidak menolak kemungkinan mendiang mangsa jenayah.

Berikutan keterangan pakar itu pada inkues Beng Hock bulan lalu, arahan diberi untuk menggali semula mayat mendiang Sabtu ini bagi membolehkan bedah siasat yang lebih terperinchi dijalankan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mohd Ariff menolak tafsiran SPRM bahawa
Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM kononnya memberi kuasa kepada badan itu untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.

“Ungkapan dari hari ke hari (untuk jalankan siasatan) dalam seksyen itu tidak bermaksud 24 jam tetapi waktu kerja pejabat yang biasa,” kata beliau.

“Justeru, saya bersetuju bahawa pemohon (Boon Wah) dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah untuk disoal siasat. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese