25 November 2009

Ku Li Ketuai Kokus, Siasat Minyak Kelantan



Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kokus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan kokus ini.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

“ Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersetuju bersama dengan kokus mengenai petroleum. Kita mencadangkan kokus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”.

Kokus yang akan ditubuhkan Pakatan Rakyat ini bertujuan merangka pindaan untuk Akta Petroleum 1974.Pindaaan ini dilihat perlu bagi memastikan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan mendapat royalti minyak sewajarnya sepertimana yang telah dijanjikan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.

Turut menyertai perbincangan itu ialah Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin