08 November 2009

Jangan Tebuk Kapal Kalau Tak Setuju Dengan Kapten

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sekiranya ada dikalangan ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan beliau, mereka tidak boleh melakukan perkara yang menyebabkan PAS menjadi rosak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penanguhan menggantikan Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Seminar Memperkasakan PAS di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Taman Melewar semalam.

Tuan Guru Nik Aziz terpaksa pulang awal kerana tidak sihat dan uzur.

”Tak setuju dengan kapten, jangan tebuk kapal, walaupun ada ahli yang mabuk laut dalam pelayaran (pejalanan PAS), (namun) tak ada yang terjun dari kapal,”katanya

Beliau menegaskan akan terus menerajui PAS kerana amanah yang telah diberikan kepadanya melalui Muktamar PAS yang lalu.

”Kepimpinan adalah amanah, baju amanah tak akan dibuang, walaupun ujian yang hebat dan jauhnya perjalanan,”jelasnya.

Beliau juga mengingatkan perwakilan yang hadir, menegur pemimpin jangan jadi seperti beruang yang tampar lalat di muka tuannya.

3 comments:

Anonymous said...

cubalah tegas skit haji hadi, lani kena pandai cakap n buat keja, sebab dulu pas hadapi org islam je, lani kena berdepan ngan bukan islam, mesti len skit pendekatannya.

susah sebenarnya jadi haji hadi ni, nak buat baik mmg selalu kena kutuk, nak buat camna, itulah adat dunia, cuma cubalah ubah pendekatan skit....org boleh cakap tapi nak laksanakan tu yang susah.

P Waren Pencen said...

Betul Hj. Hadi adalah Laksamana kapal2 PAS...yang menjalankan arahan dari IBU PEJABAT / DEWAN ULAMAK yang di Ketuai oleh TG Nik Aziz...adakah Laksamana dan Kapten2 kapal yang berada di bawah perentah BOLEH MENENTANG arahan dari IBUPEJABAT...kecuali TG Nik Aziz telah dipecat oleh Dewan ULAMAK..

Anonymous said...

kalau kapal dah jalan tak betul..dah lari kompas macam mana? Hilang kelayakan..asyek mabuk laut aje..Tak kan tak bolih cari ganti lain?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin