06 November 2009

Cadangan Membina Surau di Pejabat Perhubungan - Terengganu


Perhubungan PAS Terengganu bercadang untuk membina sebuah surau dua tingkat diruang parkir sebelah kanan dalam kawasan bangunan pejabat di Taman Seri Intan, disini.

Pegawai Kerja, Ustaz Zakaria Dagang berkata, apabila surau itu siap, ia bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada petugas PAS tetapi dibuka kepada semua muslimin dan muslimat.

”InsyaAllah, ia akan turut memberikan kemudahan kepada staf pejabat-pejabat yang berhampiran, bukan hanya kepada petugas pejabat PAS sahaja,

”ia amat bersesuaian dengan seruan ’PAS untuk semua’,”jelasnya.

Menurutnya pembinaan surau tersebut memerlukan kos kira-kira RM70,000.00.

Oleh itu, katanya, satu tabung ’Dana Bagi Pembinaan Surau’ telah dibuka untuk orang ramai memberikan sumbangan.

”Derma untuk pembinaan Surau tersebut boleh diserahkan kepada saya sendiri, atau berhubung dengan Bendahari PAS Negeri, Haji Muhyidin Abd Rashid,”jelasnya. BO

2 comments:

Pemburu Syahid said...

Salam....

Sewa hotel masa PRK Bagan Pinang hari tu mampu. Takkan nak buat surau nak minta derma pula kot. Cikgu Pa tak tolong cari duit ker?

kentutbesut said...

PAS Tganu hanya bernyawa jika TGHH menjadi presiden.....selepas itu akan bernyawa ikan,terkapai-kapai taktau nak buat kerja.Semasa PAS kuasai Tganu dulu konon nak buat Universiti Rusila....akhirnya hampas pooooeh.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese