11 November 2009

BPR: Tuduhan Anwar Sorok RM3 bilion Tidak Berasas



Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah Abdul Razak Idris berkata agensi itu telah membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari sebarang pertuduhan menyimpun dan menyorokkan wang ringgit berjumlah RM3 bilion di akaun-akaun bank luar negara, ataupun mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat.

Dalam keterangan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Abdul Razak berkata BPR telah menyiasat tuduhan ini yang dinyatakan dalam akuan bersumpah bekas pembantu Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid.

Bekas penyiasat kanan BPR memberi dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah Anwar terhadap syarikat media New Straits Times Press (M) Bhd.

Anwar menyaman NST sebanyak RM100 juta selepas akhbar itu dikatakan memfitnah Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dalam rencana "Anwar's link to US lobbyist" yang disiarkan pada 2 Mac 2002.

Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa sekumpulan pegawai penyiasat BPR pergi ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat tuduhan ini, namun mendapati tiada kes terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Murad menandatangani akuan bersumpah ini pada 29 Oktober 1999, kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan pada September tahun yang sama.

"Kita temui Murad dan beberapa saksi British. Tetapi mendapati tiada kes terhadap Anwar seperti yang didakwa dalam akuan bersumpah Murad. Lantas, saya menyimpulkan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang terkandung dalam akuan bersumpah ini tidak berasas dan tidak kukuh, dan demikian itu mengarahkan siasatan ditutup," kata Abdul Razak.

Abdul Razak kemudian menyerahkan akuan bersumpahnya berhubung kes ini ke perhatian mahkamah. TVS

1 comment:

Anonymous said...

Kalu orang Pro Anwar, mesti dia kata dia tak buat. Sama mcm Dr M. Sapa yang pro dia kata dia tak buat.Tapi kalu org anti dia, sume orang kata dia buat, walaupun dia tak buat!It depends on who's in power.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin