12 November 2009

Bersama Intifadah Mempertahankan Baitul Maqdis



- Kenyataan Media Lajnah Pendidikan Pas Pusat
Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPP) melihat masyarakat hari ini sudah kurang kepekaan terhadap permasalahan umat Islam,
khususnya isu yang melibatkan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis. Sedangkan, isu ini sewajarnya menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga tanah suci Baitul Maqdis yang di atasnya terletak Masjidil Aqsa yang berkat.

Firman Allah swt di dalam surah Al-Isra’, ayat 1, yang bermaksud:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

1. Peristiwa meletakkan replika Haikal Sulaiman di kawasan Masjidil Aqsa merupakan suatu penghinaan besar kepada Umat Islam.

2. Serangan ke atas Ghaza dan kepungan yang dilakukan dengan kerjasama Amerika dan Mesir turut menjadi suatu tragedi yang sangat menyayat hati. Sehingga banyak kes kelaparan dan kebuluran melanda. Bekalan ubat-ubatan juga disekat.

3. Mahmoud Abbas dan FATAH bersekongkol untuk ‘menjual’ Palestin bagi memuaskan nafsu dan kuasa mereka. Tindakan mereka itu sama sekali tidak menghormati Islam dan rakyat Palestin.

4. Sikap membisu OIC dan negara Islam lainnya menambah lagi duka saudara kita di Palestin.

Program yang dinamakan “Bersama Intifadah Mempertahankan Baitul Maqdis” ini secara objektifnya adalah:

Sebagai suatu cara LPPP mendidik rakyat meneruskan rasa tanggungjawab mereka terhadap isu di Palestin.

Melihat semangat Palestin untuk dibawa dalam kehidupan seharian terutamanya dalam melahirkan semangat berkorban dan menyumbang.

Bersama-sama NGO yang sama-sama prihatin kepada Palestin menggembeling tenaga sokongan.

Menunjukkan sikap PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang sentiasa prihatin dengan permasalahan umat Islam.

Antara program yang dirancang sepanjang program ini adalah

1. Ceramah Kesedaran ke seluruh negara.

2. Persidangan Meja Bulat NGO-NGO di Malaysia untuk bersama Intifadah

3. Demonstrasi Aman

4. Memungut derma sokongan


Sempena pelancaran, suatu ceramah pelancaran akan diadakan pada 13 November ini di Masjid Rusila, jam 9.00 malam. Penceramah terdiri daripada:

1. YB. Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS,

2. Ustaz Hj. Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,

3. Bapak Ferry Nur, Ketua Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestina (KISPA),

4. Naji Za al-Farhi, Hamas Representative at Malaysia.

Sehubungan itu, LPPP berharap semua pihak dapat menghebahkan program ini seterusnya menjadi amal kita yang dinilai oleh Allah swt atas sifat kita yang prohatin sesama umat. Wallahua’lam.


Dato’ Abu Bakar bin Chik,
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese