11 November 2009

Bekas Staf Perbadanan MB Kelantan Ancam Dedah Segala-galanya

Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.

Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini hari ini, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.

“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.

“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan menteri besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi. - mstar

Posting beraitan:
Penamatan Kontrak Serta Merta - Kickdefella

3 comments:

indraputra80 said...

Semalam sebelum meninggalkan tempat kerje.,beliau menyatakan bahawa die bekerja dgn penoh ikhlas,dan sempat mencium tangan TGNA,sambil berjanji akan senantiasa berada di belakang(Mempertahankan) Tuan Guru.

Begitulah kata kata nya.

Hari ini kemana keikhlasan itu,hari ini kemana pergi nya akan senantiasa berada di belakang TGNA , bukan lama hanya tak sampai 24 jam sudah berubah.

Ini lah ciri ciri manusia munafik,apa bila berjanji dia mungkir,apabila di berikan kepercayaan dia tidak amanah,bercakap pasti nya perkara yg.tidak benar(Bohong)....

Tak sukar mengenali ahli Neraka.,melainkan ia sempat bertaubat sebelum nyawa melepasi halkum manusia.

ghostWRITER said...

dah si munafik ni nak buktikan bahawa PAS pun pandai salah guna kuasa, takkan nak duk saja.. kita mesti menegakkan keadilan. Menantu Nik Aziz pecat si munafik knp? bagitau aku... kalu ko pun kena pecat, ko tak mengamuk? anak bini dia nak mkn apa?

Anonymous said...

berani kerana benar... takut kerana salah..

tapi sekarang dah berubah.. berani kerana dapat rasuah..dosa pahala dah tak takut..

perhitungan sebenar di mahkamah Rabbul Jalil nanti..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin