28 November 2009

Anwar Gesa Perda Jangan Tindas Penduduk Miskin



Seramai 240 keluarga yang tinggal di Kampung Bagan Serai, Seberang Jaya bakal kehilangan rumah yang telah didiami sejak 100 tahun lalu setelah sebuah agensi kerajaan persekutuan bertindak mengambil-alih tanah kampung Melayu itu bagi tujuan pembangunan.

Para penduduk mengeluh apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang enggan memberi pampasan setimpal kepada mereka. Apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk tidak diberi sebarang hitam-putih.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campur-tangan selepas menerima laporan berhubung kes ini. Ditemui semasa beliau mengadakan lawatan ke kampung tersebut, Anwar berkata kes ini akan dibawa ke peringkat atasan bagi memastikan kepentingan penduduk kampung tidak ditindas.

Apa yang lebih memilukan adalah majoriti penduduk kampung adalah dari golongan miskin, yang hanya berpendapatan kira-kira RM500 bekerja sebagai operator kilang di serata Pulau Pinang.

"Sepertimana yang dilapor oleh Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman, tanah kampung ini telah diambil-alih oleh Perda. Majoriti penduduk disini adalah Melayu dan India yang secara relatif dalam kategori miskin," kata Anwar.

"Saya dan Dr Mansor akan angkat perkara ini untuk pertimbangan kerajaan negeri, majlis perbandaran dan peringkat atas. Setelah berbincang berulang-kali dengan penduduk, kita tidak berpuas hati dengan cara Perda tangani perkara ini. Penduduk meminta sekurang-kurangnya diberi tempat-tinggal. Perda sebagai agensi sepatutnya membantu masyarakat desa dan tidak ketepikan tuntutan penduduk," tambahnya. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese