03 November 2009

Amanat Presiden Melegakan - Perak | Nizar

Amanat dan taklimat Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS kepada pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-kawasan seluruh Perak di Markaz PAS Air Kuning petang tadi melegakan semua yang hadir.

Datuk Seri Presiden berada di Perak bagi menghadiri jemputan ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Bagan Serai. Mengambil kesempatan tersebut, PAS Negeri Perak memanfaatkan kunjungan Presiden ke Perak dengan menganjurkan majlis amanat dan taklimat Presiden kepada semua pimpinan negeri dan kawasan-kawasan.

Dalam amanat & taklimat serta diikuti dengan soal jawab, Datuk Seri Presiden telah menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul akibat mainan media.

Semua pimpinan kawasan yang hadir merasa puas hati dengan penjelasan tersebut. Media BN sering melaporkan bahawa berlaku perpecahan dalam parti, dengan penjelasan Presiden dapatlah disimpulkan bahawa yang berlaku bukan perpecahan dalaman tetapi perbezaan dan perselisihan pendapat yang boleh diselesaikan dengan kaedah yang bijaksana.

Datuk Seri Presiden juga memberi amanat penting kepada pimpinan PAS Kawasan agar membuat persiapan yang bersungguh-sungguh bagi menghadapi kemungkinan berlaku pembubaran DUN Perak. Jentera pilihanraya di semua peringkat hendaklah bergerak lebih aktif dan agresif. - Misbahul Munir Masduki

1 comment:

Anonymous said...

http://www.catcheye.com.my/?r=9532

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese