03 November 2009

8 tuduhan rasuah, Abdul Rahman mengaku tidak bersalah



Dari kiri ke kanan: Datuk Abdul Rahman Bakri, Mohd Rosli Bushra, Wong Choon Hau, Yahya Saari, Yap Soo Soon dan Firdaus Abu Karim. – Gambar oleh Jack Ooi (themalaysianinsider)

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Abdul Rahman mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.

Beliau sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya yang lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu,bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.

Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.

Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Selain itu, pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chuan How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.

Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.

Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dilaporkan telah menangkap lima orang termasuk bekas Pegawai Menteri Besar Selangor serta seorang anggota Parlimen Barisan Nasional dan akan didakwa hari ini.

Bekas pegawai MB itu ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan.

Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00, kata satu kenyataan SPRM semalam.

Menurut kenyataan itu, beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi ini.

Selain itu, SPRM Selangor juga dilaporkan telah menangkap seorang bekas Adun dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Bekas Adun tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.

Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas Adun berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.

Selain mereka, turut ditangkap adalah seorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor dan seorang ahli perniagaan. Kedua-duanya juga akan didakwa._ Hrkh

1 comment:

Anonymous said...

satu lagi bukti pendakwaan terpilih terhadap pemimpin Pakatan & standard mahkamah dMalaysia.

MP umno 8 tuduhan jamin cuma 30K
assist MP umno 8 tuduhan jamin 8K

ex grkkan adun 7 tuduhan jamin 25K
ex grkkan assit 8 tuduhan jamin 9K

exMB assist PKR 2 tuduhan jamin 10K

assist Ronnie Liu 3 tdhan (x sampai pun 10K) jamin 15K

dimanakah tranperensi yg d laung2 oleh kan KERAjaan BeeNd..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese