Seseorang calon yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat harus berwibawa, bersih dari rasuah dan mempunyai sifat amanah.
Sehubungan itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pengundi Bagan Pinang harus menolak tindakan Umno meletakkan Isa samad untuk bertanding pada pilihanraya kecil bagan pinang 11 oktober ini semata-mata kerana beliau popular.
" Saya rasa tidak timbul masalah itu. Seorang yang merelakan dirinya untuk dipilih sebagai calon, sebagai orang politik. Mereka mesti bersih dan mempertahankan integriti dan kredibilitinya" ujar beliau.
" Calon seperti Isa Samad, walaupun telah melalui satu proses tetapi proses itu bukanlah satu proses perundangan, dia hanya dihukum oleh UMNO. Jadi saya rasa itu satu perkara yang sangat memalukan".
Perdana Menteri Najib Razak yang juga Presiden Umno menyifatkan Isa sebagai calon Umno yang paling layak untuk bertanding di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Isa kembali ke persada politik setelah digantung tiga tahun oleh Umno kerana menyogok perwakilan pada pemilihan Umno tahun 2004.
Beliau dikatakan telah menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan merasuah perwakilan untuk membeli undi.
Namun Najib berkata Isa berhak untuk mendapatkan peluang kedua di Bagan Pinang.
" Berhak macam mana? Satu pilihan yang memalukan rakyat dalam negara kita. Orang yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikitar semua sebagai calon," ujar Salahuddin lagi. "Seorang yang merelakan dirinya untuk dipilih sebagai calon, sebagai orang politik. Mereka mesti bersih dan mempertahankan integriti dan kredibilitinya".
Salahuddin berkata walaupun jelas terbabit dalam rasuah, Isa hanya dikenakan tindakan displin oleh partinya walhal kesalahan itu sepatutnya mengundang tindakan daripada suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM atau pun polis.
Merujuk kepada taktik Umno yang cuba menconteng imej calon Pas Zulkefly Mohamad Omar, Salahuddin berkata PAS tidak pernah merasa gentar untuk menghadapi politik kotor yang di bawa ke pilihanraya kecil itu.
"Silakan lah, kita bersedia untuk mempertahankan integriti kita. Kita yakin dan percaya calon yang kita kemukakan ini adalah calon yang terbaik, seperti yang telah kita janjikan kepada penduduk di sini" katanya. TVA
1 comment:
hat bahan jubur taik orang pilih... dok kan hat belanja makan orang dok leh pilih?
Post a Comment