16 October 2009

Ucapan Najib Tidak Serupa Bikin



Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak disambut pemerhati politik dengan nada skeptik.

Ucapan beliau merasmikan Perhimpunan Agong Umno 2009, Najib berkata Umno komited kepada kepedulian rakyat dan tidak mabukkan kuasa.

“Selepas tragedi 13 Mei 1969 para pemimpin Umno boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digalas. Umno juga boleh memutuskan untuk mewujudkan kerajaan satu parti atau menyokong sahaja angkatan tentera melakukan kudeta.

“Umno berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa hanya 18 bulan sahaja. Ini jelas mempamerkan bahawa Umno bukan sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin bagaimanapun menyanggah ucapan presiden parti pemerintah ini.

“Mengenai umno bukan parti yang mabukan kuasa ini jelas selepas daripada pilihan raya mereka tewas di banyak tempat dan banyak negeri tetapi malangnya Umno kalau benar bukan mabukkan kuasa, berjuang atas prinsip Melayu, perpaduan dan sebagainya, selepas pilihan raya 2008 adalah masa yang terbaik untuk refleksi semula dan memperkuatkan akar umbi Melayu.

“Malangnya Umno hanya bercerita persoalan kuasa. Mereka merampas kuasa di Perak, bercerita untuk rampas kuasa di Selangor dan tema perubahan yang dibawa amat tidak sesuai dengan kemenangan di Bagan pinang di mana mereka demi kuasa demi kemenangan, mereka sanggup letakan calon dan memenangkan calon yang jelas tidak bertepatan dengan nilai perubahan yang sedang diperkatakan dalam Umno,” katanya.

Badrul menjelaskan keghairahan kuasa ini menyebabkan Umno alpa memperkasa bangsa Melayu.

Beliau turut menyifatkan Umno sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin kerana realiti tindak-tanduk Umno jauh berbeza dari apa yang dilaungkan.

Menyentuh isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang menolak oratori Presiden Umno sebagai penghias akhbar semata-mata.

Bagi ahli politik muda ini, Umno mahu menonjolkan imej transformasi namun teras parti itu tetap sama.

Lih Kang menambah persembahan politik ini sia-sia selagi Umno enggan menerapkan urustadbir demokratik yang jitu dan telus – bebas dari diskriminasi politik, kaum dan taktik menghalalkan cara.

“Apa yang Najib cakap hanya kosmetik tidak reflek dalam polisi Umno kerana dari apa yng dilihat bukan hanya dalam kerajaan malahan dalam Barisan Nasional, Umno tidak boleh berkongsi kuasa dengan parti komponan lain. Ini menunjukkan mereka memang parti yang mabuk kuasa.

“Apa yang berlaku di Perak adalah contoh ketara Umno- Barisan Nasional gila kuasa. Sekiranya tidak gila kuasa mereka boleh bubarkan dun dan biarkan rakyat menentukan siapa kerajaan negeri tetepi sehingga kini mereka enggan, ini bercanggah dengan apa yang dikatakan Najib,” katanya.

Manakala bagi Presiden Gerakan Mansuhkan ISA Syed Ibrahim Syed Noh pula, beliau amat kesal Presiden Umno lupa akan dokongan kuat parti perkauman itu terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Beliau menjelaskan kewujudan ISA adalah alat memusatkan kuasa, dan mercu hegemoni Umno.

“Dia tidak sedar bahawa mereka mendokong ISA. Untuk kata tidak mabuk kuasa menzalimi dan sebagainya ia kena diukur dengan betul . Jika ukur dari sokongan mereka terhadap ISA sedangkan ISA adalah satu instrument kuasa sebenarnya tidak benar apa yang disebutkan.

“Kalau dalam perhimpunan kebanyakan perkara yang disebut adalah secara konsep tetapi dari segi hakikatnya tidak seperti yang disebutkan. Bagi saya bila sebut tidak gila kuasa maknanya kita mesti adil dan tidak menzalimi pihak lain. Tapi jika masih menzalimi dan menafikan hak orang lain itu tidak bermakna apa-apa kenyataan tidak mabukkan kuasa,” katanya. -TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese