25 October 2009

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'? - Azizi Hj Abdullah

Pindah ubah dari blog Faisal Tehrani:

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?

Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

----------------------------
Jangan marahkan saya. Tulisan di atas saya nukilkan dari tulisan Faisal Tehrani dalam blognya 23 Oktober 2009 tanpa pula meminta izin darinya.

Nak kata menarik, tidak. Nak kata bagus, tak berani. Nak kata patut, nanti apa pula orang Pas kata. Nak kata mengarut, ehhh takkan pula.

Tapi saya benar-benar pening dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sampai sekarang tak mampu membaca, apakah Tuan Guru seorang politikus atau agamawan zuhud atau seorang pentadbir yang cekap? Di Bagan Pinang 10 Oktober 2009 lalu sempat juga memeluk Tuan Guru ketika turun dari pentas DAP.

Kelmarin (Sabtu 24.10.2009) sempat juga SMS kepada Setiausaha Politiknya, tapi jawapan SMS berbunyi; Kenapa anda masih tak faham-faham? Bila saya kata saya tak faham, SMS tak berjawab pun.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah: Melayu Islam yang sebenarnya ialah Melayu Islam yang tidak pernah istiqamah dalam apa hal pun, kecuali menepati satu perkara; berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Kalau macam ni, bila Pas nak perintah Negara. Jangan yang dipegang terlepas, yang digapai tak sampai.
Wallahu aklam. - Azizi Hj Abdullah (sini)

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'? - Faisal Tehrani

3 comments:

TEKONG DARAT said...

salam...saya pun tak faham kenapa saudara tidak faham dgn nik aziz...
sedangkan nik aziz telah melalui pelbagai sejarah pahit PAS dgn umno...tidak bagi hadi awang...tidak cukup...yg dicadangkan nik aziz ialah muktamar khas, mungkin utk mengubah ketetapan muktamar ipoh...
iaitu perkukuh pakatan rakyat...
jika keputusan muktamar khas bakal menyatakan bahawa PAS akan bercinta kembali dgn umno, tiada masalah bagi nik aziz...namun jika sebaliknya, sendiri laa mau ingat...parti bergolak kerana UG...dari akan umbi ke kepimpinan...terima laa hakikat ini...pengundi lari dari PAS kat bagan pinang ngan manik urai pun bertitik tolak dari UG...

Anonymous said...

Kita sokong PAS sebab islam bukan sebab nak berkuasa.... Kalau berkuasa jadi mcm Hassan Ali dan MB Kedah yg berlagak buat aper.....

Anonymous said...

Masa PAS kena tendang dengan UMNO tahun 80an, orang-orang yang gelenyar dengan UMNO ni berada di mana???

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin