10.16 am : Polis dikecam
Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.
10.15 am : Kami keluar ke kawasan lapang, YB Siva dihalang.
Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan.
10.08 am : Kami dihalang dikawasan bawah bangunan letak kereta
Sekali lagi kami dihalang untuk masuk oleh puluhan polis.
10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang
Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
10.05 am : Suasana kecoh kembali.
Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.
10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK
Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang.
Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.
9.58 am : Kami bergerak kembali.
Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
9.56 am : Kami mundur ke pintu utama.
Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.
9.55 am : Siva dihalang kami pertahan
YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
No comments:
Post a Comment