27 October 2009

Setiausaha Agung PKR letak jawatan?

Khabar angin bertiup kencang petang tadi mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR yang dihubungi sebentar tadi berkata, mereka sedia maklum akan pendirian Salehuddin terhadap beberapa isu yang tidak selari dengan dasar pucuk pimpinan.

Usaha untuk mendapatkan reaksi segera daripada beliau kini sedang dilakukan. mStar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin