29 October 2009

Seminar ganti Muktamar Khas (EGM), Dr Aziz Bari antara tetamu yang diundang beri pandangan - Presiden PAS



PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

3 comments:

Anonymous said...

Nampak nya Presiden masih nak lindungi pengkhianat pengkhianat dalam PAS seperti Mustafa Ali, Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa. Seminar nak buat apa - lagi cakap cakap klentong dari pengkhianat2 ini - bukan ada kuasa buat sesuatu - hanya nak melarutkan lagi masaalah dalam parti - dan membiarkan pengkhianat2 ini memegang kedudukan dalam pucuk pimpinan. Betullah yang dikata bahawa Presiden tak ada tulang belakang - lembek dan tak daya membersihkan parti dari anasir2 perosak ini.

Sebal said...

Salam Tarak nama no1. Gue memang sebal dgn hang kerana belum apa-apa hang dah bad thinking nad sangka buruk dekat presiden PAS. TGHH,,
Dah tu keputusan Mesyuarat,,kena patuhlah..apa hang ingat semua yang hadir dlm mesyuarat selama 4 jam tu mangkuk macam hang ..jadi pak turut aje..hang nilah sebenarnye pemecah belah jamaah

Anonymous said...

Sebal ni bodoh sangat ke ? Itu bukan keputusan mesyuarat - mesyuarat tak buat apa apa keputusan. Tup tup Presiden buat keputusan sendiri. Jadi siapa yang bodoh dan akan selalu di bodohkan oleh pucuk pimpinan PAS ? Aku dah serik dengan penyelewangan dan pembohongan pucuk pimpinan PAS. Tak macam engkau - "pemecah belah jamaah" konon. Hanya orang bahlol sahaja yang masih anggap yang PAS masih belum berpecah. PAS dah lama pacah lah semenjak puak-puak yang di ketuai geng Trengganu ini cuba nak bawa PAS keUMNO! Buta ke korang semua atau masih WALA membuta tuli ?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese