27 October 2009

RUNDINGAN UMNO-PAS HANYA UMPAN MUHYIDDIN

Ustaz Idris Ahmad

Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam UM 26/10/2009. Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong Pas berpendapat umno begitu gelisah apabila melihat Pas semakin mendapat tempat di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam. Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini. Umno sedar bahawa tungkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam. Sekarang talian hayat itu sudah berpindah kepada Pas dan pakatan Rakyat

Sebenarnya pengundi-pengundi melayu di negara ini, terutama generasi muda mereka menyebelahi Pas. Inilah yang menjadi kebimbangan umno. Kalau undi Melayu sudah kepada Pas dan dicampur dengan undi bukan Islam maka sudah tentu ia akan memberi kesan politik yang parah kepada umno , bukan kepada orang melayu. Sifir mudahnya ialah kalau umno kalah yang menggantikan umno ialah Pas. Pas menyedari bahawa umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau umno kalah melayu dan Islam akan hancur. Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara umno. Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas. Pas bersama dengan Pakatan Rakyat sedang mengukuhkan lagi agenda perjuangan rakyat di negara ini sebagai sebuah parti untuk menjadi kerajaan menunggu . Satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat akan diadalah di Shah Alam Selangor pada 13hb Disember 2009. (Sumber)

3 comments:

PAPA GOMO said...

Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas.
Dengan kenyataan Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku. http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-sah-pas-akan-keluar-dari.html

SORRY TAKDA NYE..MEMANG SAH PAS AKAN KELUAR DARI PAKATAN

Anonymous said...

oii gomo, kalau kau suka sangat hassan ali tu kau gomo jer la
belakang depan...org pas pun dah nak tendang dia jauh2...blo'ong punya org

Unknown said...

Hanya ORANG BUTA sahaja yg tidak nampak tujuan sebenar UG tu..
Sayang mereka yg tertipu dalam gelombang mainan politik sebegini.
Butakah mata wahai rakyat : Gas sepatutnya disalurkan ke Kelantan tapi lencong ke Songkla? Tiada orang umno di Kelantan? Bertapa 'harum' hati perut mereka yg tergamak melaksanakan sedangkan kalau tempias kemajuan diterima tu bukannya orang lain..Melayu Islam juga!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese