18 October 2009
Rakyat Semakin Sedar Kezaliman ISA
Dari hari ke hari, semakin ramai menyertai gerakan rakyat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Di Taman Keramat, lebih 300 penduduk sekitar Hulu Klang menghadiri malam kesedaran ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Adun Hulu Klang, Saari Sungib.
Program Malam dari Rakyat untuk Rakyat ini adalah kesinambungan usaha menyampaikan grafik kezaliman ISA, serta membawa mesej keadilan dan kemanusiaan selaras dengan tuntutan agama dan undang-undang.
“Saya fikir ini sebenarnya rentetan awal gerakkan anti ISA ini, cuma malam ini ia dilaksanakan dengan lebih teratur dengan menghimpunkan khususnya seniman-seniman bagi memperkuatkan lagi bantahan itu,”katanya.
Pelbagai lapisan masyarakat dari semua kaum dan agama hadir di acara ini, karyawan Meor Yusof, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan Adun Gombak Azmin Ali turut sama turun padang meraikan perjuangan menghapuskan warisan penjajah ini.
“Kalau ada ruang di peringkat Dun, saya akan lanjutkan program seperti ini seperti tahun lepas dimana satu konsert ISA di Medan Selera Pusat Bandar Melawati yang diadakan mendapat sambutan yang cukup baik serta turut mendapat sambutan yang cukup meluas dari Al-Jazeera, dan beberapa media antarabangsa.Dan saya harap akan mencetuskan keinginan Adun-adun di negeri Pakatan Rakyat dan Hulu Kelang merupakan modul yang pertama dengan kerjasama anak-anak muda.Saya juga mengharapkan kerjasama dari Adun-adun di Selangor ini akan mengadakan roadshow di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan mungkin juga di Perak seandainya kita dapat memerintah semula,”jelasnya. -TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment