08 October 2009

Petugas PAS Ditetak, Markas Diceroboh

Petugas- petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi.

Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin