29 October 2009

Kenyataan penuh PAS Selangor

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.
PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

5 comments:

Anonymous said...

boleh selesai masalahkah? orang jepun, mana individu yang menjadi pertikaian umaum mereka terus melepas jawatan demi obligasi moral dan integriti jemaah. kita dimalaysia, jawatan kalau boleh jadi warisan pusaka walaupun rakyat mual & jelak. kerana jawatan itu dikaitkan dengan kuasa dan harta.... fulusi ..

cicitHJHASSANu said...

no komen,tunggu keputusan mesyuarat khas nanti....

broooo... said...

Tahniah kepada YB pimpinan PAS Selangor…
Moral of d story…
1. Jgn ajak bloger2 munafik dlm perbincagan sulit…
2. Buat keputusan & usul selepas mendapat kata putus mejoriti.
Diharapkan selepas ini PAS lebih menghargai & komted berjuang bersama Pakatan Rakyat. Jangan terpengaruh dgn dakyah umno yg mereka saja pembela melayu & cuma BN saja yg mampu memerintah Malaysia. Hakikatnya segala tuduhan umno yg PAS telah mengadai prinsipnya bersekongkol dgn DAP adalah pembohongan & fitnah semata2. DAP dituduh parti perkauman & menolak mentah2 perundangan ISLAM, namun hakikatnya jika dikaji sedalam2nya DAP jauh lebih baik daripada umno, mca, mic (terang2 parti perkauman) sedang kan DAP adalah parti berbilang kaum, cuma DAP lebih menekankan kebajikan bukan Islam di Malaysia. Resionalnya dlm politik Malaysia PAS tidak boleh merialisasikan perjuangannya sendirian tampa bantuan rakan2nya yg lain dlm Pakatan. Umno telah lebih 52 tahun diberi amanah oleh rakyat untuk memperjuangkan bangsa Melayu & memurtabatkan Agama Islam di Malaysia, namun dimana kedudukan bangsa Melayu sekarang dan dimana darjahnya Agama Islam dinegara ini sekarang?
Cukuplah amanah ini dikhianati & rakyat tak mampu ditipu lagi!

Anonymous said...

Siapa nak guna pakai kenyataan PAS Selangor ni ? Cakap nya indah - suruh aje Pesuruhjaya kamu masuk UMNO - selesai masaalah.
Piiiirah - nama aje islam - tapi nperangai lagi teruk daripada munafik2 dalam UMNO.

Anonymous said...

Apakah tindakan kepada mereka yang terlibat dengan kemelut UG lebih ringan daripada golongan pro syiah dulu? Tindakan yang dikenakan mencerminkan persepsi PAS terhadap taraf syiah dan UMNO di sisi PAS.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese