Speaker Dewan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Surruhanjya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Siputeh.
Permohonan berkenaan disertakan bersama afidavit sokongan Abdul Isa difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Chooi & Compony semalam.
Abdul Isa menamakan Abu Hassan dan SPR sebagai responden, lapor Bernama.
Abdul Isa mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengisytiharkan Abu Hassan dari Barisan Nasional bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang DUN itu.
Sehubungan itu, Abdul Isa, 61, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil.
Abdul Isa juga mahu satu perintah injuksi dikeluarkan oleh mahkamah untuk menghalang Abu Hassan atau ejen-ejennya daripada menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan itu.
Beliau turut meminta ganti rugi. Kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Dalam pilihan raya umum Mac 2008, PAS memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah, DAP satu kerusi, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) empat kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi dan calon bebas menang satu kerusi.
Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa keputusan SPR mengekalkan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh serta tindakan Abu Hasan yang tidak hadir pada sidang dewan akan mengganggu tugas dan kewajipan Abdul Isa sebagai Seaker DUN Kedah untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan lancar.
"Keputusan SPR dan tindakan Abu Hasan telah membawa kehinaan kepada DUN Kedah, dan mungkin akan mengakibatkan kekecohan kepada prosiding-prosidingnya, apabila ADUN yang telahpun hilang kelayakan sebagai ADUN masih dapat kononnya menonjolkan diri mereka sebagai seorang ADUN," katanya.
SPR pada 1 September lalu memutuskan bahawa tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.
Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lalu dari Abdul Isa berhubung kekosongan luar jangka dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.
Sebelum ini, Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa telah hilang keanggotaannya.
Abu Hassan, Ketua UMNO bahagian Jerlun itu dikatakan telah hilang kelayakannya kerana gagal menghadiri sidang DUN secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, sebagaimana di Perak, keputusan speaker Pakaran Rakyat di Kedah juga ditolak oleh SPR walaupun keputusan itu dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri.
Seksyen 51 dalam Perlembagaan Negeri menjelaskan anggota DUN yang tidak hadir ke sidang DUN secara dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya serta hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang. TVA
No comments:
Post a Comment