06 October 2009

Isa Ikon Pemalsuan Kerajaan




Calon Umno Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad bakal dikenali sebagai ikon kepalsuan pemerintah sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 11 oktober ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Salahuddin Ayub berkata ia jelas apabila banyak projek terbengkalai kendalian Umno-BArisan Nasional.

"Ini suatu projek pembangunan yang palsu. Pembangunan palsu ini bukanlah untuk keutamaan rakyat, tetapi untuk menunaikan tuntutan politik kroni-kroni pemerintah".

"Tidak perlulah Umno-Barisan Nasional mengatakan PAS parti tolak pembangunan lagi, sedangkan Umno-Barisan Nasional berdasarkan beberapa pendedahan ini sebenarnya melakukan pembangunan palsu belaka".

"Tan Sri Isa Samad perlu menghitung segala projek terbengkalai ini, sebelum beliau dikenali ikon kepalsuan pemerintah," katanya pada sidang medianya di MArkas induk PAS.

Menurutnya, rakyat perlu menolak pembangunan palsu yang dijanjikan pemerintah sebaliknya menghantar satu lagi kerusi ADUN di Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain Salahuddin berkata calon Pas Zulkefly Mohamad Omar membawa manifesto Bersama Kehandak Rakyat.

Katanya Zulkefly mahu meningkatkan kemakmuran serta kualiti hidup dengan menjadi agen semak dan imbang di DUN untuk memastikan rasuah diperangi dan pembaziran dibendung.

"Berusaha menyelesaikan isu perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pencemaran air serta isu pembiakan lalat".

"mengajak rakyat bersama-sama mendesak pihak berwajib di DUN dan lain-lain agar projek penaiktarafan jalan utama Teluk Kemang-Pasir Panjang disiapkan segera".

"Menawarkan diri untuk bersama-sama menyelesaikan isu alam sekitar yang menjejaskan kawasan pelanconagan Port Dickson ," katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin