15 October 2009
Dimanakah laporan siasatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh ?
Tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh ada 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi mengakibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh menyebabkan besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk dan kerugian awal yang dianggarkan sejumlah RM25 juta.
Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 3 Julai 2009 dalam MStar , menyatakan bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak. Malah beliau juga berkata perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan.
Manakala Utusan Malaysia pada 6 Jun 2009 melaporkan , bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.
Namun sehingga sekarang hampir 3 bulan lebih masih tidak kedengaran hasil laporan awal sisatan terhadap stadium runtuh .
Buletinonline.com pada 15 Julai pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata setakat ini, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan.
Sudah hampir 3 bulan , dimanakah laporan siasatan oleh SPRM ?
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu juga telah membuat laporan polis supaya siasatan dibuat dan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat dengan dengan pembinaan dan pengeluaran kelulusan menggunakan stadium tersebut . Sehingga kini masih tiada sebarang tindakan oleh pihak polis .
The Malaysian insider pada 23 Jun 2009 melaporkan bahawa Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyalahkan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu sehingga terjadinya kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan. Menurut Mampat , JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.
Rakyat sehingga sekarang menunggu laporan dan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut . Kejadian yang sangat memalukan negeri Terengganu dan negara serta mengorbankan ratusan juta wang rakyat .
AMK desak supaya laporan siasatan terhadap stadium runtuh didedahkan kepada seluruh rakyat Terengganu dan tindakan perlu diambil segera kepada mereka yang terlibat .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul ke dah dibuat laporan tu? Macam mana nak dibuat dan dibentangkan kalau yang kena nanti para kroni dan pemimpin tertinggi UMNO sendiri!
Lebih baik didiamkan saja..lama-lama orang pun lupa. 25 juta tu kira buang dalam tong sampah sajalah!
Rakyat terengganu dan rakyat N9 yang memilih UMNO; ingat! kamu akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan khianat pemimpin pilihan kamu dan aku adalah salah seorang rakyat yang merasa teraniaya, akan mendakwa kamu di mahkamah Allah kelak!
Kita jumpa di sana.
Post a Comment