28 October 2009

Bekas KSU hadapi 10 tuduhan rasuah



Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah yang melibatkan nilai suapan berjumlah RM59,390.60 di Mahkamah Sesyen di sini.

Abdul Hanan, 57, dituduh menerima suapan-suapan itu di alamat No 25, Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008 dalam bentuk cek-cek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan TechnoFund daripada Global Goodway (M) Sdn Bhd.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cek-cek kosong yang diterimanya dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan antaranya untuk pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

Abdul Hanan didakwa di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Beliau juga tidak mengaku salah terhadap 10 tuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Abdul Hanan selaku Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan Dana dituduh telah menerima cek-cek kosong milik Adam, pemilik Global Goodway (M) Sdn Bhd, dari 1 hingga 15 Disember 2008 di alamat dan tempoh yang sama sebagai balasan kerana meluluskan permohonan TechnoFund daripada syarikat itu.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cek-cek kosong yang diterimanya dari 15 Disember tahun lepas sehingga 27 Februari 2009 bagi tujuan antaranya bagi pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan beliau boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais meminta supaya kesemua pertuduhan dibicarakan serentak dengan jaminan RM10,000.

Syafeera kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 2 Disember ini.

Abdul Hanan yang dilaporkan bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada April lepas diwakili oleh peguambela Badrul Munir. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini lah musuh pertama orang miskin berbangsa Melayu, bukan Cina, India,Bengali,Portugese,Senoi, Negrito,Iban,Dayak,Dusun,Bajak,
Singapura, Indon atau BUKAN DAP,PAS,PKR etc semata-matanya apabangsa pun, MELAYUlah yang membunuh Melayu, apa nak di harapkan lagi. Kalaulah Orang Melayu ikut tradisi Umno macam ini satu hari satu Malaysia akan muflis, hancur,bangkrup. Kemana orang kampung nak lari,manakala orang Umno berhijrah ke negeri orang putih penjajah lalu. MACAM MANA KAUM MELAYU, BILA NAK SEDAR, BILA NAK BUKA MATA DARI PUKAU-BOMOH UMNO. Akhirnya bukan bangsa lain yang akan musnahkan malaysia, melayu sendiri sudah berbuat demikian.
GENGHIS KHAN

indraputra80 said...

Elok elok umur persaraan bermula.,waktu rest dah tua tua bermain dengan anak cucu.,di hadapan mata.,tiba tiba begini jadi nya.

Adoya!!!! mana nak menahan sakit sakit badan yang bakal menjelma,asyik pula turun naik court salah hari bulan merengkok pula dalam penjara.

Subhanallah seksanya ,itu di dunia,di Akhirat lain cerita.

Nauzubillah!!!

Sendiri buat sendiri tanggong ler....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin