IPOH – Polis telah mengawal dengan ketat telah pejabat Setiausaha kerajaan Perak. Pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzwan dikawal oleh tidak kurang 40 orang polis.
Beberapa kenderaan polis kesemuanya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.
Dalam pada itu, sekitar jam 9.10 pagi, menurut ADUN Titi Seong, Idham Lim, sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
Pada jam 10 pagi, sebahagian ADUN Pakatan Rakyat masih berada diluar kawasan bangunan tetapi Speaker kerajaan Pakatan Rakyat V Sivakumar dikatakan sudah berada didalam.
Manakala dilaporkan ADUN Barisan Nasional telah pun berada dalam Dewan undangan Negeri Perak dan telah memulakan sidang.
Difahamkan, ADUN Pakatan Rakyat sengaja diberi kebenaran lewat untuk masuk kedalam DUN bagi mengelakkan perebutan kerusi atau kedudukan dalam DUN.
Satu situasi yang agak pelik berlaku dimana, dalam DUN Perak yang sedang bersidang, dihadapan Speaker BN, Ganesan, seramai 20 orang polis telah melingkasri kawasan tersebut dikatakan bertujuan mengawal Ganesan.
Bagaimana pun, malangnya, sewaktu bergelut masuk kedalam bangunan Perak Darul Ridzwan, jubah Speaker Siva telah dirampas oleh polis.
Sekitar jam 10.20 pagi, ahli dan penyokong PAS dari sluruh negeri Perak yang hadir telah mengadakan munajat rakyat agar Perak selamat dan persidangan Dun Perak bersih daripada unsur provakasi samseng UMNO.
Mereka telah menunaikan solat hajat beramai-ramai depan kawalan polis, berhadapan dengan bangunan Perak Darul Ridzwan.
Menurut Yang Dipertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Nordin Bentara yang ada dalam DUN Perak telah ditukar dan diganti dengan anggota polis.
"15 bentara telah ditukar,semuanya bentara palsu,mereka inilah yang akan mencetuskan suasana tidak harmoni,"kata Ustaz Nordin sewaktu ditemui selepas munajat rakyat sebentar tadi.
Sebaik sahaja ADUN Pakatan Rakyat dapat masuk ke dalam DUN Perak pada jam 10.35 pagi, mereka telah memulakan sidang DUN dengan bacaan doa dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Idham Lim.
Ketika itu, Speaker BN, Ganesan mencelah dan mengatakan sidang DUN telah dimulakan dan telah pun ditangguhkan sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment