14 October 2009

BAGAN PINANG: Kenyataan Media Presiden PAS

Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walauapapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.


Presiden PAS


Tuan Guru Presiden sedang berada di Syria dan beliau menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media ini _

4 comments:

Anonymous said...

Hasan Ali dan Mustafa Ali sudah tentu tersenyum lebar !

Anonymous said...

Memang tak bolih nak menang kerana awal awal dah tahu bahawa undi pos pesti memehak kepada BN/UMNO. Bayangkan di peti undi 14, 15 dan 16 calun PAS dapat 0. Siapa yang mengundi?
Saya berharap PAKATAN Rakyat terus memperjuangkan ketelusan undi POS ini dan saya yakin bahawa peneyelewengan dan manipulasi undi Pos ini terus di lakukan dengan bantuan SPR. PAKATAN RAKYAT tidak mungkin akan berjaya selagi wujud nya undi POS seperti yang berlaku di Bagan Pinang.

wan afiq said...

to anonymous>>

jangan salah kn hanya 1-2 pemimpin...kita bekerja dalam satu jamaah..andai kata dia melakukan kesilapan..tegur sebaiknya dan penuh hikmah...jadikan ia satu kekurangan dalam gerak kerja kita dalam usaha mengapai puncak yg lebih tinggi...

http://wanafiqgroup.blogspot.com/

alusrah said...

Janganlah kita sesam kita menuding jari sesama sendiri.Kekalahan dan kemenangan ketentuan Allah semata-mata.PAS membawa obor Islam.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Keputusan bertanding dalam pilihanraya adalah keputusan bersama, maka sebarang perkara berbangkit adalah tanggungjawab bersama.Ini prinsip perjuangan kita...moga-moga Allah memberi petunjuk dan pertolongan kepada kita yang sangat lemah ini.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese