25 October 2009

1Malaysia dua sistem cukai, di mana slogan rakyat didahulukan?



Guan Eng Selar Bajet Bercanggah Dengan Tema Belanjawan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mennggambarkan temanya,' Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

Tegasnya, bajet tersebut hanya untuk kemajuan golongan tertentu serta di tempat-tempat terpilih. Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan, sungguhpun mengalu-alukan pengurangan cukai kepada 26 peratus, tetapi apa yang mengejutkan tentang kadar pengurangan cukai 15 peratus di Wilayah Pembangunan Iskandar.

"Bagaimana ada pekerja dalam sektor 'knowledge economy' dikenakan kadar cukai 26 peratus tetapi di Wilayah Pembangunan Iskandar dikenakan cukai 15 peratus? Ini menimbulkan persoalan bagaimana 'Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

"Saya rasa ini sangat tidak adil kerana menolak kemakmuran dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar Wilayah Pembangunan Iskandar. Ini termasuk negeri asal beliau sendiri iaitu di Pahang. Kenapa kadar cukai dikenakan 26 peratus di tempat lain?," tanya Guan Eng.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen sejurus selesai pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

3 comments:

Anonymous said...

bangkang jangan tak bangkang. bangkang jangan tak bangkang. ni lge.. hang cerita mai sat, awat ada tempat2 bebas cukai tuu.. yang juai barang tak sama harga dengan tempat biasa, boleh pulak noo ? kalau hang nak promosi tempat baru.. nak tarik pekerja2 terbaik datang.. tak perlu beri offer yang menarik ka ? ayoo.. ini macam punya orang pun boleh jadi cm ka ? rogi betul melayu pr di penang..
bangkang jangan tak bangkang..
bangkang jangan tak bangkang.. mms

Anonymous said...

ha...ha..ha..melayu penang dah lama rugi. lagi rugi melayu johor(tanah milik rakyat singapore), melayu kelantan (royalti minyak dinafikan), melayu pahang (dpt ranting balak je, kayu balak org lain kebas. Oh melayu...kuman di seberang nampak, gajah depan mata buat2 tak nampak.

Anonymous said...

ampu jgn tak ampu. Kalau tak dipindahkan banyak bajet ke sabah, sarawak, mau mampus BN PRU 13 nanti. Ampu jgn tak ampu. Rasuah jgn tak rasuah. rogi betul melayu 1Malaysia.

rasuah jgn tak rasuah..
rasuah jgn tak rasuah..mms

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese