20 September 2009

Ustaz Harun tahniah ucap tahniah kepada Kartika



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/uhteidulfitri3.JPGHULU TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Harun Taib mengucapkan tahniah syabas kepada Kartika, kerana redha menerima hukuman sebatan yang dijatuhkan keatasnya akibat kesalahan meminum arak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengimamkan solat sunat Eidul Fitri di Markaz tarbiyah PAS Kubang Lembek, Manir, dekat sini hari ini.

”Kita ucap tahniah, kepada orang seperti Kartika, dan Kartika bukan orang yang pertama, tapi zaman RasuluLlah pun (sudah) ada, sepasang lelaki perempuan berzina tapi dia tidak dapat ditangkap,”ujarnya.

Katanya walau bagaimana pun si Lelaki telah bertemu RasuluLlah dan dia tahu dia bersalah dan mahu membersihkan dirinya.

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan isu Kartika yang redha menerima hukuman sebat yang telah diputuskan keatasnya.

Bagaimana pun, beliau menyelar tindakan ’Sisters In Islam’ yang mencabar keputusan tersebut, kononnya mendakwa ia adalah sesuatu yang zalim.

”Kartika tak apa-apa, orang lain pula yang kata zalim,”selar Ustaz Harun.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese