07 September 2009

Tapak baru kuil di Seksyen 23




Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk.

“Lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan,” kata satu kenyataan pejabat menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini juga meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.

Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam.

“Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini.

“Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai,” kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin