09 September 2009

Tak perlu berunding dengan Umno - Nik Aziz



Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.

Menteri Besar itu sebaliknya berkata, pihaknya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan.

"Rundingan buat apa, ini cerita lama, nak berunding apa lagi. Tak perlu runding apa, kalau runding beri royalti saya setujulah.

"Itu memang hak Kelantan cuma nak tentu bila ahli Parlimen kita pergi Kuala Lumpur bolehlah runding," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese