02 September 2009

Speaker V.Sivakumar memulakan sidang | Nizar.

11:46tgh : Sidang sudah bermula,bacaan doa sekarang.

11:49tgh : Speaker V.Sivakumar memulakan sidang DUN sekarang.

11:52 tgh : ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming menyatakan kekesalan terhadap kekerasan sikap pihak polis sebentar tadi. Sekarang ini ADUN Changkat Jong membentangkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan.

11:58 tgh : Sekarang perwakilan membincangkan tentang perlantikan Speaker Haram Ganesan.

12:14tgh : YB Canning, Wong Kah Woh daripada DAP membahaskan laporan Jawatankuasa Hak & Kebebasan.

12:28tgh : Dewan meluluskan laporan daripada Jawatankuasa Hak & Kebebasan. Tuan Speaker mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menahan Speaker Haram Ganesan & Hee Yit Fong serta dipenjarakan selama 6 bulan.

12:59tgh : Salah seorang tahanan pihak polis, K Ananthan Pengerusi DAP diserang penyakit asma. Beliau telah dihantar ke Hospital Besar Ipoh.

Setakat ini ADUN Canning, YB Wong Kar Woh, ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming, ADUN Melintang, YB Kesevan, ADUN Teja, YB Chan Lih Kang, ADUN Lubuk Merbau, YB Hj Mohd Zainuddin dan ADUN Kepayang, YB Loke Chee Yan telah membahaskan USUL TERGEMPAR tentang isu kelakuan jahat dan tindakan kekerasan terhadap ADUN Pakatan Rakyat pada pagi tadi.

01:35ptg : Pada masa ini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Nizar sedang membahaskan usul.

01:40ptg : Setelah DS. Nizar menghabiskan ucapannya tadi, Speaker PR, V.Sivakumar menangguhkan sementara sidang sehingga tarikh dan masa yang dimaklumkan kemudian..

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese