03 September 2009

Pakatan Mahu Hishamuddin Disingkir

Exco Selangor Xavier Jeyakiumar menuntut Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dipecat atau meletakkan jawatan dari Kabinet selepas beliau di dapati menggunakan kuasanya mencampuri siasatan polis keatas tunjuk perasaan provokasi 'kepala lembu' minggu lalu.

Hishamuddin menyelar Naib Presiden Umno itu kerana mencampuri siasatan polis dengan bertemu suspek-suspek yang mengajurkan provokasi agama itu. Selepas pertemuan tersebut, Menteri Dalam Negeri itu berkata penganjur tidak perlu dihukum sekiranya semua pihak bertolak-ansur dalam menyelesaikan isu ini.

"Kita mahu beliau turun atau dipecat dari jawatannya kerana beliau telah memecahkan amanah yang di berikan rakyat," kata Jayakumar.

Beliau menambah Hishamuddin telah bertemu sekumpulan individu yang tidak menghormati rakyat Malaysia lainnya, bahkan mempertahankan mereka, lupa akan tanggungjawabnya selaku menteri untuk semua rakyat.

"Bolehkah kita terima seseorang yang tidak menghormati rakyat Malaysia lainnya, dan masih dalam siasatan, nasibnya diputuskan oleh seorang menteri?" soal Jayakumar.

"Sekarang semua pencuri, pembunuh, perogol, pegawai-pegawai rasuah dan mana-mana penyangak boleh bertemu Hishamuddin sebelum Peguam Negara menentukan pendakwaan terhadap mereka," sindir Jayakumar lagi.

Beliau menambah Hishamuddin telah menghunus keris, menahan peguam-peguam yang mahu membantu tahanan, mencipta rekod baru dengan menahan 580 orang kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini membela gerombolan manusia yang menghasut perbalahan kaum dan mahu bermandi darah.

1 comment:

Newre said...

Masa bila pulak Mamat ni jadi PM? setahu aku PM dtg dr BN

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese