07 September 2009

Ong Panggil Dr Chua Anjing



Timbalan Presiden MCA yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Ong Tee Keat telah memanggilnya "anjing" dan menggunakan Lembaga Disiplin MCA untuk memusnahkan karier politiknya.

"Bahawa dalam siri lawatan yang dianjurkan oleh Ong, beliau tidak henti-henti menabur fitnah mengenai saya dan semasa dalam lawatan ke Sabah telah mengatakan bahawa saya sebagai 'anjing'," katanya.

Dr Chua berkata beberapa pemimpin MCA Sabah telah menyatakan sedia tampil untuk menjadi saksi berhubung penghinaan yang dilakukan oleh Ong terhadap saya.

"Saya ingin memberitahu Ong bahawa menabur fitnah tidak akan meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan dia pun tak akan mendapat sokongan daripada perwakilan MCA," katanya.

Beliau juga mendakwa Ong sebagai pemimpin MCA yang tidak takut kepada sesiapa.

Beliau mendedahkan hal tersebut apabila ditanya mengenai tandatangan yang berjaya diperolehinya daripada perwakilan untuk mengadakan EGM, Dr Chua berkata sehingga hari ini beliau telah berjaya mengumpul 1,100 tandatangan bagi pihaknya untuk diadakan EGM.

"Bagaimanapun, ada daripada mereka yang meminta supaya senarai nama mereka yang tandatangan tidak didedahkan kerana mereka faham, Presiden MCA (Datuk Seri Ong Tee Keat) seorang yang ganas," katanya.

Dr Chua berkata kumpulan penyokongnya bersedia berbincang untuk menetapkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) tunggal.

Katanya wakilnya, anggota jawatankuasa pusat Datuk Seri Tan Chai Ho telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung MCA Senator Datuk Wong Foon Meng, Jumaat lepas.

"Kita sedang menghalusi resolusi dia (Wong) dan kita akan menghalusi resolusi kita dan kita akan berbincang kalau boleh untuk mengadakan satu EGM demi kepentingan parti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan satu pertemuan dengan penyokongnya di sebuah restoran di Melaka semalam.

Lebih 50 penyokongnya termasuk beberapa pemimpin MCA negeri itu menghadiri pertemuan tersebut.

Sebelum ini, Wong menggesa anggota parti yang yang mahu EGM diadakan agar bersikap rasional dan mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Dr Chua berkata bagaimanapun beliau tidak mahu pihaknya ditipu berhubung resolusi untuk mengadakan EGM tunggal.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin