15 September 2009

Najib sendiri tidak ada KPI | PKFZ




PAS menyifatkan penubuhan pasukan khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan itu bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ.

PAS turut mempersoalkan keperluan penubuhan pasukan khas itu yang dilihat sama dengan fungsi pasukan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Port Klang Authority(PKA) sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, apa yang lebih menimbulkan kesangsian apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak tidak meletakkan satu jangka masa khusus kepada pasukan khas untuk menyiapkan laporan siasatan mereka dan menyerahkannya kepada kabinet.

“Perdana Menteri cakap pasal KPI (petunjuk prestasi utama) tapi dalam isu pasukan khas tidak ditetapkan jangka masa untuk laporan itu disiapkan, menunjukkan Najib sendiri tidak ada KPI.”

“Ini jelas menunjukkan kerajaan sengaja melengah-lengahkan siasatan ke atas isu ini supaya rakyat lupa dan imej pemimpin BN dapat dijaga,” ujarnya pada satu sidang media di pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Penubuhan pasukan khas itu juga tidak benar-benar bebas kerana masih dipantau kabinet. Segala hasil siasatan juga perlu diserahkan kepada kabinet dan kabinet berkuasa membuat sebarang keputusan.

“Apa perlunya pasukan khas ini kalau segala tindakan perlu mendapat lampu hijau daripada kabinet? Soalnya.

PAS turut menggesa kerajaan memanggil sidang khas parlimen bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ).

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese