27 September 2009
Mohamad Sabu beri amaran kepada Zahid Hamidi
BAGAN PINANG – Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.
Institusi tersebut dihormati kerana masih tidak terlibat dengan sbarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Namun begitu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik.
”Tetapi kita nampak sekarang institusi ketenteraan cuba diheret ke dalam politik sekarang oleh Menteri Zahid Hamidi, cukup jahat Menteri ini,
”saya beri amaran, kalau apa-apa berlaku di Malaysia, Zahid Hamidi bertanggungjawab,”katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan pra pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang di Kampung Sirusa, disini semalam 26 September.
Menurutnya, Zahid Hamidi telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin.
”Baru ni dia pergi rasmi (mesyuarat)UMNO (Bahagian) Jasin, dia (Zahid) guna tiga helikopter tentera, itu program UMNO (bukan program kerajaan atau tentera),
”Apakah Zahid Hamidi nak bawa tentera seperti berlaku di zaman Suharto,”soalnya.
Katanya, Suharto telah menggunakan tentera untuk mengawal dan memaksa rakyat supaya mengundi parti Golkar.
Mukaddimah kepada perbuatan ’ala’ Suharto, kata Mohamad, telah dilakukan oleh Zahid dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan Permatang Pasir yang lalu.
”Mukaddimahnya, Zahid Hamidi dah mula buat, iaitu dia turun(kan) pasukan kebajikan tentera di Manek Urai, dituruti kemudiannya di Permatang Pasir,”tegasnya.
Beliau (Mohamad Sabu) mempersoalkan, mengapa Zahid mengarahkan tentera untuk membuat kerja-kerja kebajikan dalam masa pilihanraya.
”kalau nak turun pasukan, nak bina rumah, nak gali parit, nak gali jambatan, kenapa tidak di (buat) masa luar pilihanraya?,
”(sebagai contoh) masa sekarang, pilihanraya tidak ada di Jelebu, pergilah buat sana, di Gerik ramai orang miskin, rumah tak siap, (sepatutnya) kebajikan angkatan tentera Zahid bawa ke sana!,”katanya.
Katanya, Zahid cuba untuk mencampuradukkan tentera dalam arena pertarungan politik memberi ingatan kepada sesiapa sahaja perisik tentera
Sekaligus, beliau turut membuat gesaan tersebuka supaya prisik tentera yang hadir dalam Majlis ceramahnya, memberitahu para Jeneral, tindakan Zahid itu tidak mengutungkan negara.
”Perisik tentera yang hadir pada malam ini (beri) ingat kepada Jeneral-jeneral, apa yang dibuat oleh Zahid itu tidak menguntungkan negara (ada masa hadapan),”katanya.
Ceramah yang diadakan sempena perasmian dan pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment