13 September 2009

MIC - Yang Menang Semua Orang Presiden



Setelah beberapa lama menanti, akhirnya keputusan jawatan timbalan presiden MIC telah diketahui umum.

Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan beliau dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramanian dan Datuk S Sothinathan.

Beliau telah mendapat 629 undi manakala S Subramanian, 547 undi dan Datuk S Sothinathan sebanyak 280 undi.

Walau bagaimanapun, Palanivel hanya menang tipis iaitu dengan 82 undi.

Dalam pada itu, kemenangan beberapa lagi yang lain menyaksikan ianya calon pilihan Presiden MIC, Datuk S Sammy Vellu.

Tiga calon naib presiden yang disokong beliau dan terpilih ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany di tempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, 1,030 undi.

Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi. Subramaniam juga akur dengan keputusan perwakilan.

TV Antara mendapatkan reaksi daripada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mengenai kemenangan besar barisan Sammy Vellu itu dan ini jawapan beliau.

" Saya rasa selepas kemenangan barisan Sammy Vellu, saya sudah dapat dua panggilan, dua cawangan akan bubar tidak lama lagi di Shah Alam. Saya rasa ramai lagi yang akan keluar daripada MIC" ujarnya.

Beliau ketika dihubungi pihak kami menambah, kejayaan yang diraih barisan Sammy Vellu bukan hanya membuatkan masyarakat India tidak berpuas hati malah mula tercari-cari apakah kelainan yang dimaksudkan akan dibawa dalam MIC.

Barisan pemimpin tetap sama dan tidak ada apa-apa pun yang berubah.

" Ini bukan era baru. Parti ini saya rasa akan tutup tidak lama lagi. Kerana ini bukan era baru atau, ini bukan MIC new branding. Tidak ada. Sama sahaja. Sama macam dulu. Saya rasa pemimpin yang lama, di mana Palanivel, kalau ada perubahan atau pertukaran, tapi tidak ada. Palanivel ada yang langsung tak boleh buat kerja" tambah beliau.

Dalam kenyataannya kepada kami, Manikavasagam menambah, MIC perlu memberikan peluang kepada generasi baru dan sudah sampai masanya untuk Sammy Vellu letak jawatan.

Sammy Vellu, 73 tahun menang besar semalam apabila barisan yang disenaraikannya berjaya meraih undi perwakilan.

Keputusan Rasmi Timbalan Presiden G Palanivel - 629 S Subramaniam - 547 S Sothinathan - 280 Naib Presiden Menang: Dr S Subramaniam - 1,260 SK Devamany - 1,122 M Saravanan - 1,030 Tewas: S Balakrishnan - 471 VKK Teagarajan - 220 P Subramaniam - 215 P Mariayee - 61 Jawatankuasa Kerja Pusat 1. KR Partiban 2. M Asojan 3. VS Mogan 4. RA Ragu Moorthi 5. S Murugesan 6. M Devandran 7. A Saktivel 8. Randhir Singh 9. Jaspal Singh 10. KRA Naidu 11. K Ganeson 12. S Ananthan 13. MM Samy 14. SP Manikavasagam 15. M Paanjamoorthy 16. AGaneson 17. VK Suppiah 18. S Ganesan 19. KP Samy 20. SS Rajagopal 21. N Ravisandaran 22. P Palaniappan 23. Madhu Marimuthu -TVA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin