26 September 2009

Menteri Besar Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Isnin Ini | SELCAT | PKFZ

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertemu Exco Kerajaan Selangor, Dr Hassan Ali dan 9 pegawai daerah di Selangor bagi mendapatkan penjelasan mereka berhubung kritikan terhadap perlaksanaan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Mesyuarat tertutup itu akan dipengerusikan menteri besar sendiri bagi meredakan krisis yang menurut Khalid akibat salah faham itu, pada jam 8.45 malam, Isnin ini.

Hassan Ali diarah menjelaskan kenyataannya yang menyelar operasi Selcat, manakala kesemua 9 pegawai daerah termasuk Bakhtiar Husin yang mengadu diaibkan juga dipanggil untuk memberi penjelasan.

Khalid Ibrahim yakin isu ini dapat ditangani sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada semua pihak. Beliau berkata adalah penting bagi sesebuah kerajaan bertindak dalam satu pasukan.

Prosiding Selcat yang terkini sedang menyiasat misteri adun-adun UMNO BN menghabiskan kesemua peruntukan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008.

Namun, para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan merungut bahawa mereka disiasat tanpa belas oleh Selcat.

Selcat Selangor sebelum ini meraih pengiktirafan masyarakat sebagai mercu ketelusan dan keterbukaan selepas ia membongkar penyelewengan RM9.9 juta wang rakyat oleh isteri-isteri Adun BN melalui Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Pendengaran awam selcet kali kedua telah diadakan pada 8 hingga 14 september 2009 dan dipancarkan secara langsung oleh tv selangor.com dan tvantara.com. TVA

2 comments:

Anonymous said...

PAS patut bertanggung jawab mengenai hal ini. PAS patut melantik PJ baru bagi Selangor. Kami dah muak dengan telatah Hasan Ali. Kami juga minta MB Selangor melantik EXCO yang lain dari PAS untuk mengganti Hasan Ali. Khairuddin pula patut di pecat dari Parti kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggung jawab semata mata untuk membela Hasan Ali.

Anonymous said...

yg patut dipecat adalah khalid samad kerana tidak boleh menjadi makmum yang baik

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese