Demikian maklum balas Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub petang tadi setelah menyertai pertemuan tertutup selama 40 minit dengan Duta Indonesia, di sini.
“Ini telah kami bincang panjang sebentar tadi. Alhamdulillah Babak Tatang (Duta) telah memberikan suatu jaminan bahawa Indonesia juga merupakan negara hukum; dan dia juga memberikan jaminan bahawa rakyat kita (di sana) berada dalam keadaan selamat.”
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meminta kerajaan persekutuan mengambil tindakan yang lebih proaktif demi memelihara hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Bercakap dalam sidang media yang sama di luar Kedutaan, Ketua Lajnah Antarabangsa Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Pas akan menghantar delegasi ke sana untuk melihat berkembangan yang berkaitan.
“Pas dan Pakatan akan terus memantau perkembangan-perkembangan ini (agar) hubungan dua hala antara Pas (dan) Pakatan dengan Indonesia terpelihara.”
“Kita sendiri akan menghantar rombongan ke Indonesia untuk membuat tinjauan khas; untuk melihat sendiri isu-isu yang berkaitan dalammasa terdekat.”
Beliau juga menasihatkan semua waris kepada pelajar Malaysia di Indonesia agar bertenang dengan perkembangan terbaru ini.
“Kita ingin memberi khabar kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Indonesia; dan juga ibu bapa yang berada di Malaysia ini, bahawa anak-anak mereka terjamin (selamat) setakat ini. Kerajaan Indonesia sendiri memberi jaminan ini.”
Mendakwa Malaysia mencuri Tarian Kebudayaan Bali milik Indonesia dalam Promosi Perlancongan negara baru-baru ini, segelintir mahasiswa Indonesia telah melancarkan ‘Ganyang Malaysia’ di Kedutaan negara di sana. -END
No comments:
Post a Comment