08 September 2009
INKUES: Saksi Deraan SPRM Tampil Esok
Jawatankuasa siasatan keatas kematian tragik Setiausaha kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, buat pertama kali akan menampilkan "saksi misteri" yang menjadi mangsa deraan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mangsa deraan ini akan dipanggil ke inkues esok berhubung satu laporan polis yang difailkannya terhadap pegawai-pegawai penyiasat SPRM yang telah menampar, menendang dan membelasahnya sehingga mendatangkan kecedaraan semasa disoal-siasat.
Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini mendapati bahawa aduan mangsa bertarikh 11 September tahun lalu adalah relevan bagi membantu inkues mengenalpasti punca kematian Beng Hock.
Beng Hock ditemui mati di tingkat 5 bumbung Plaza Masalam, Shah Alam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor. Beng Hock ditemui mati selepas disoal-siasat selama 10 jam tanpa henti.
Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo, memberitahu mahkamah bahawa penampilan saksi misteri ini akan membantu inkues memahami teknik-tenik siasatan SPRM, seraya menunjukkan adanya percanggahan serius dalam akuan pegawai penyiasat Mohd Ashraf Mohd Yunus yang bertanggungjawab menyoal-siasat mangsa.
"Kenapa perlu takut? Kalau tidak buat, cakap tidak buat, ini menunjukkan SPRM ada sesuatu yang hendak disembunyikan, sedangkan kami bersedia untuk memanggil saksi kami bagi membuktikan kebenaran laporan itu," kata Gobind.
Ashraf dalam akuannya berkata dia bukan sahaja tidak berlaku fizikal, bahkan tidak menaikkan suara sepanjang sesi soal-siasat.
Awal hari ini, inkues menyaksikan pertelingkahan antara peguam mewakili SPRM dan Gobind.
Peguam Datuk Abdul Razak memohon koroner Azmil Muntapha Abbas menyekat soalan-soalan berkenaan penderaan yang akan ditanya Gobind kepada saksi-saksi inkues.
Permohonan ini dibuat merujuk kepada hujah peguam Gobind Singh Deo bahawa SPRM mengenakan tekanan dalam siasatan mereka, sehingga membawa kepada kematian Beng Hock.
Abdul Razak meminta koroner menghapuskan semua rekod-rekod inkues berkaitan dakwaan deraan ini atas alasan ia tidak kena-mengena dengan perjalanan inkues, manakala Gobind berhujah bahawa pegawai-pegawai SPRM membersihkan nama mereka dengan menjawab dakwaan-dakwaan ini.
Peguam mewakili kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar berkata Abdul Razak dengan sengaja mengelak dari isu sekitar kecederaan yang dialami mangsa yang patologis akui boleh berpunca dari kecederaan akibat serangan. TVA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru.
Marilah peguam Razak ke, peguam apa ke,Hakin hacks ke, kebenaran akan terserlah nanti.
Post a Comment