06 September 2009

Dialog Awam Bincang Isu Kuil Dicemari Kekecohan



Majlis dialog berhubung isu pemindahan kuil di Shah Alam, dicemari dengan kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa "orang luar" dan pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil itu dengan mengheret kepala lembu pada minggu lalu.

Beberapa orang melemparkan kata-kata kesat kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan enggan memberi kerjasama untuk memastikan penduduk Seksyen 23 dapat memberi maklum balas mereka secara teratur dan berdisplin pada dialog di Dewan Bankuet MBSA.

Penduduk Seksyen 23 sendiri terpaksa menghalau beberapa orang yang dikenal pasti bukan menetap di kawasan itu daripada majlis dialog berkenaan.

Kira-kira 337 penduduk dari Seksyen 23, hadir pada dialog awam ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini bertujuan memberi penerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kerajaan Barisan Nasional,_baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan_akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Cadangan itu bingkas dieksplotasikan oleh Umno dan beberapa pemimpinnya yang kemudian mendalangi tunjuk perasaan dengan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Jumaat lalu.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Polis yang berada di tempat kejadian tidak bertindak untuk menghentikan penghinaan ke atas agama Hindu oleh juak-juak Umno itu.

Pada dialog hari ini, beberapa individu - termasuk mereka yang terbabit dalam tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari - mengajuk dan bertindak liar terhadap empat panelis, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail.

“Kita tidak membuat keputusan apa-apa lagi dan kita dapati tentangan dari masyarakat cukup hebat, kita akan menerima juga beberapa cadangan,

“tetapi cadangan ini boleh dilaksanakan bila kedua-dua pihak bersetuju, bukan satu pihak, kita dapati pemilik rumah di kawasan itu tidak setuju, boleh pindah dimana-mana bila dua pihak bersetuju,” katanya.

Sebaik sahaja dialog bermula, individu terbabit naik atas kerusi masing-masing dan mencemuh panelis. Akhirnya 50 orang terpaksa diiring keluar oleh pegawai MBSA bagi membolehkan dialog itu diteruskan dengan aman.

Tidak lama kemudiannya, dewan kembali berantakan apabila individu tertentu menjerit-jerit apabila Khalid Samad dan Rodziah menjawab soalan penduduk.

Tindakan itu mengundang wakil penduduk India pula untuk membangkitkan isu-isu sensitif yang jelas membelakangi matlamat dialog berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid kemudian dengan tegas mengarahkan supaya dialog itu ditamatkan bagi menghindar perlakuan yang tidak diingini.

“Ada permintaan saudara dengar sendiri, kita nak cari penyelesaian, saudara suruh sebab itu kita akan terima,

“Buat masa ini saya tidak mahu bincangkan perkara ini saya terima pandangan daripada saudara yang tadi, kalau kena beli tanah kita beli tanah, itu bukan perkara yang sukar,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Sdra Pak Nik

Saya menonton video klip mengenai kekecohan di majlis dialong isu kuil di seksyen 23 hari ini.

Pada pandangan saya, kedatangan "rombongan" penunjuk perasaan kepala lembu tempohari adalah semata-mata untuk mengagalkan majlis hari ini dengan menimbulkan kekecohan agar memberi gambaran buruk terhadap imej kerajaan negeri.

Sesiapa yang waras akan beranggapan demikian selepas menontotn video tersebut.

Perkara yang terbaik yang dapat dilakukan adalah menyebar secara meluas tindakan rombongan ini yang sememangnya telah dikenalpasti sebagai ahli umno. Ini adalah modal terbaik untuk dicanang dalam kempen pilihanraya di negeri sembilan nanti.

Saya dapat merasakan bahawa pimpinan kerajaan negeri dan PKR telah menjangka yang "rombongan" hari jumaat lepas akan datang untuk membuat kacau pada hari ini. jadi kerajaan negeri sengaja membiarkan "rombongan" ini bermaharajalela hari ini agar menjadi bukti yang boleh dibawa kemana-mana sebagai bukti betapa samsengnya UMNO dan insiden hari ini adalah bahan propaganda yang utili( boleh diguna dalam semua keadaan).

Insiden tadi adalah bahagian pertama. bahagian kedua akan mengusul apabila media pro UMNO akan mengayang secukup-cukupnya esok. Ini akan diikuti dengan kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi UMNO.

Strategi bodoh UMNO pada hari ini adalah untuk memberi gambaran bahawa kerajaan negeri Pakatn rakyat adalah lemah dan tidak mampu menyelesaikan masaalah rakyat dan pelbagai tomahan lagi. Tetapi insya allah, perkara sebalik akan berlaku.


olalala

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese