27 September 2009

Dato Seri Nizar di Mid Autumn Festival 2009



Sep 26th, 2009 - Malam ini telah berlangsung satu majlis bagi merayakan festival tanglung di Buntong Ipoh.Majlis ini dianjurkan oleh DAP Kawasan Buntong bertempat di Pusat Khidmat Yb Sivasubramaniam.Majlis yang bermula sejak awal lagi telah dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti yang disediakan.Sebanyak 1000 tanglung juga telah diedarkan kepada penduduk yang hadir.Dato Seri Nizar Jamaluddin yang tiba bersama Datin Seri Fatimah Taat dan juga Keluarga disambut dengan paluan kompang juga tarian singa.Persembahan bungan api juga turut dipersembahkan dan ia sememangnya menambah meriah majlis yang ada.Kesempatan yang ada juga digunakan bagi semua Rakyat yang hadir dalam menyemarakkan perpaduan dan toleransi antara kaum.Antara yang turut hadir ialah YB Chan Ming Kai,Yb Chan Li Kang,Yb Tai seng eng dan beberapa lagi pimpinan PR yang lain.

Majlis turut menghidangkan makanan kepada tetamu yang hadir dan dijangkakan seramai lebih dari 500 orang telah menghadiri majlis hari ini. perakexpress

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese