29 September 2009

Bulan Akan Mengambang di Teluk Kemang



TELUK KEMANG – PAS Terengganu berazam untuk manambah dan mencukupkan kemenangan Pakatan Rakyat kepada kemenangan yang ke lapan, dengan kemenangan pilihanraya kecil Bagan Pinang pada 11hb akan datang.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali yakin dengan kekuatan dan kerjasama dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat, kemenangan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang mustahil.

”InsyaAllah dengan berkat kerjasama daripada saudara dan saudari sekelian kita mempunyai hasarat dan cita-cita untuk menggenapkan kepada 9 – 0,

”saya yakin ini bukan suatu perkara yang mustahil, kita telah buktikan kekuatan kita, kita berjaya merampas kembali kerusi parlimen Kuala Terengganu,”katanya dalam Majlis Pelancaran Jentera PAS Terengganu di Markaz UPU Teluk Kemang semalam.

Menurutnya, PAS Terengganu akan menggunakan pengalaman dan kekuatan yang sama untuk memastikan kemenangan khususnya dalam Peti Undi Teluk Kemang.

”Kita akan menggunakan pengalaman yang sama, kita akan menggunakan kekuatan yang sama, kita mahu menjadikan diTeluk Kemang ini khususnya, peti undi yang kita jaga,

”bukan hanya sebagai tempat melihat anak bulan, tapi nak menjadikan sebagai tempat ini sebagai kita tengok sebesar-besarnya, ibu bulan, bapak bulan, disini InsyaAllah,”ujarnya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese