18 September 2009

BN hadapi kesangsian rakyat



Barisan Nasional akan bertanding pada pilihanraya kecil di Bagan Pinang negeri Sembilan sebagai gagasan yang rapuh, dengan hubungan antara parti komponen di warnai oleh kesangsian antara satu sama lain.

Bendahari PAS Dr Hatta Ramli berkata Pakatan Rakyat sebaliknya akan menampilkan diri sebagai barisan yang semakin jitu, bersatu dan didokong oleh segenap lapisan masyarakat.

“Saya yakin dengan melihat kepada line up kita yang ada ni bahawa kerjasama ini dapat kita panjangkan di Bagan Pinang ini, PAS, Keadilan dan DAP, bagi saya berada dalam persahabatan dan kerjasama yang paling baik pada masa ini.

“Inilah suasana kerjasama yang paling baik buat masa ini, kita boleh lihat, mesyuarat pimpinan berjalan dengan lancar dan akan dimantapkan lagi dengan penstrukturan daripada struktur itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Kampung Si Rusa Bagan Pinang. Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan diadakan pada 11 oktober dengan penamaan calon pada 3 oktober.

Kira-kira 2,000 penduduk sekitar bagan pinang menghadiri cermah ini, petanda jelas sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan semakin mantap.

“Kita sudah menang tujuh kali pilihan raya kecil di Semenanjung, kalah sekali di Sarawak, dan kali ini pilhan raya ke sembilan dan berlaku di negeri Sembilan, kawasan Barisan Nasional, kawasan yang satu hari dulunya, katakan 15 tahun yang lalu tiada yang punya kewarasan pemikiran yang boleh menyangka negeri Sembilan ini tuan-puan, pembangkang boleh menang.

“Mereka rasa yang boleh menang satu dua kerusi pun DAP tetapi baru-baru ini kita telah menang 15 kerusi dan itu bukan satu jumlah yang sedikit malah mengejutkan mereka. Walaupun mereka menang Bagan Pinang dengan majority 2,300, hari ini tuan-puan mereka cukup takut dan mengelabah,” katanya.

Dr Hatta berkata Umno-BN selama ini cuba memaparkan Pakatan Rakyat sebagai gagasan yang semakin retak dan akan berpecah belah, namun hakikat adalah di sebaliknya.

“Mereka mengatakan bahawa PR akan pecah bila-bila masa, Datuk Seri Najib meramalkan bahawa PR sedang mengatur dengan mengatakan PR sedang melakukan kesalahan yang besar terutamanya di Selangor

“Dan beliau berasa yakin bahawa kerajaan Pakatan akan tumbang di Selangor, tiba-tiba tuan puan, komponen BN satu demi satu menuju kehancuran.

“Bukan hanya di komponen di Semenanjung, komponen di Sabah dan Sarawak sama-sama bertelagah dan berpecah. Baru-baru ini dalam Perhimpunan Agong MIC, tetamu jemputannya ialah Najib Razak merasmikan dan dia sudah peril Samy Vellu, dia cakap kita tidak boleh jadi popular dalam parti sahaja, kita mesti popular dengan masyarakat.

“Dia sudah target samy Vellu sebab Samy Vellu sudah ditolak oleh rakyat, Sungai Siput sudah tolak dia,” katanya.

Dr hatta berkata tindakan Samy Vellu mengkritikan Najib secara terbuka menunjukkan perbalahan antara pemimpin BN semakin hampir kemuncaknya.

“Sebab Samy Vellu tidak popular lagi tetapi Samy Vellu dia lawan pula Najib dan perli Najib dengan kalau mahu jadi pemimpin semua masyarakat mesti jadi pempimpin, kalau mahu jadi pemimpin kepada semua masyarakat, mesti jadi pemimpin parti dulu.

“Menunjukkan bahawa keadaan dalam MIC dan BN sangat-sangat tidak sihat, perubahan yang dibawa oleh MIC tidak berlaku, orang lama, orang yang telah ditolak oleh rakyat lagi dipilih sebagai pemimpin. Mereka sedang berpecah,” katanya.

Dr Hatta berkata perbalahan dan pertelingkahan antara pemimpin BN yang semakin serius sedang mengheret parti itu kepada satu lagi kekalahan di Bagan Pinang.

“Inilah senario di dalam Barisan Nasional hari ini tuan-puan, mereka sedang berpecah. Sampaikan mereka kata tidak guna berebut, berkuasa di dalam parti tetapi setiap kali pilihan raya kecil, mereka kalah dan mereka sedar dan mereka sudah tahu bahawa kekalahan sedang menanti mereka,’ katanya. TVA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese