19 September 2009

Bagan Pinang; Gerakan di Kem Askar agak sukar



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/farizsemalam.jpgKetua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa berkata agak sukar untuk menembusi kem-kem askar untuk menjalankan gerakkerja kempen bagi pilihanraya kecil tersebut.

Walau bagaimana pun menurutnya, Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar satu memorandum kepada pihak SPR supaya memberi perhatian mengambil tindakan secara serius berkaitan undi pos.

Sehubungan itu, Majlis Pemuda Pakatan Rakyat telah menubuhkan satu jawatankuasa bersama diantara parti-parti yang bergabung bagi menghadapi bersama suasana di Bagan Pinang.

”AlhamduliLlah, kita akan menjalankan program bersama termasuk pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat pada 27 September, di Kampung Bagan Pinang,

”pengkususan pemantauan berkenaan pengundi pos akan di berikan kepada Pemuda PAS, dalam masa yang sama gerakan bersepadu akan dilakukan oleh pemuda Pakatan Rakyat,”ujarnya ketika sebelum majlis Iftar AMK di Jalan Hiliran, petang semalam.

SPR telah menetapkan 3 Oktober depan sebagai hari penamaan calon, sementara pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pula pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil kawasan itu adalah yang kesembilan diadakan di negara ini selepas pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lalu.

1 comment:

Anonymous said...

kem askar tu macam-macam ada cikgu.
meriam katak..meriam buluh..senapang gajah..pistol air..tak takut ke cikgu...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese